“Abang,
tolonglah saya”, kata isteriku sewaktu dalam kereta untuk
menghantar anak kami menuju ke hospital. “Kesian baby, dah 3 kali
keluar masuk wad tapi masih tak sembuh-sembuh. Abang buatlah sesuatu
supaya baby kita tak masuk wad lagi”, tambahnya lagi. La.. apa lagi
yang aku boleh buat selain ikut nasihat doktor? “Banyak lagi petua
yang kita belum cuba.. Ada orang kata mandikan baby dengan daun
kucai, minum susu kambing, anggur hitam.. bla bla bla.. tak salah
kalau kita ikhtiar. Takkan nak biarkan saja anak menangis bawah lampu
kat wad tu..”, Adoi... kerana tak ikut petua orang tua, kita
dikatakan tak mahu berikhtiar. Kalau ikut membabi buta tanpa
pengetahuan yang cukup karang aku takut lain pula jadinya.
Silap-silap gaya, bukan saja anak dapat mudarat, malah kita mak bapak
ni pula terpesong akidah. Aku tak le kata petua orang tua-tua tu
semuanya salah. Tapi orang tua-tua jugalah yang mengajar benda
pelik-pelik. Berlenggang perut takut anak songsang, golek telur atas
perut untuk tahu jantina anak, tanam uri sekali dengan pensel supaya
cepat pandai.. eh macam-macamlah.. Tengok yang tukang mengajar pun
sekolah tak pass juga. Bini aku ni pun satu.. Mana le dia dapat
petua-petua tu semua. Tengok bini aku ni pun dah lain macam. Aku
risau juga kalau-kalau dia terlebih emosi nanti, bahaya juga orang
dalam pantang ni. Fikiran aku tercari-cari skrip drama yang aku
pernah tonton, dalam usaha untuk memujuknya. Akhirnya aku teringat
satu drama ni. Dengan penuh yakin aku cuba meniru gaya watak utama
dalam cerita tu, “Sabar, ini semua kehendak Allah. Kita baru diuji
dengan penyakit kuning. Orang lain lagi teruk, dapat anak kurang
upaya, sindrom itu ini, tapi mereka tetap redha dengan dugaan tu”,
harap-harap dia boleh terima la ayat aku tu. Tapi harapan aku meleset
bila dia berkata, “Orang lain tu orang lain punya pasal, ini
masalah kita. Tak ada kena-mengena dengan orang lain.. bla bla
bla..”, yang selebihnya memang aku tak berapa dengar sebab bunyinya
ada iras-iras bertih jagung. Aisehmen.. cubaan untuk meniru skrip
drama Tanah Kubur tak menjadi. Aku cuba lagi mencari-cari skrip
drama apa lagi yang lebih sesuai. Akhirnya aku teringat rancangan
Tanyalah Ustaz yang mengatakan jika kata-kata yang dituturkan tidak
memberi kebaikan, lebih baik diam. Jadi aku pun mengambil jalan
selamat iaitu diam.
Sesampai
di hospital, seperti biasa nurse dah memang tahu apa yang patut
dilakukan. Baby terus diletakkan di bawah lampu yang dipanggil proses
phototherapy.
Apa benda fototerapi tu tak le pula aku tahu. Masa skolah dulu ada le
belajar proses fotosintesis, cara tumbuhan buat makanan. Dengan
berbekalkan sedikit perasaan ingin tahu Ibnu Battuta, aku pun
mendekati la doktor yang sedang sibuk. Aku mula bertanya itu ini
berkenaan penyakit anak aku. Jawapan doktor tu sangat mudah, “Kalau
saya nak terangkan agak susah di sini, tapi saya boleh tunjukkan graf
dan jadual berkenaan kadar bacaannya saja”. Memang le susah nak
explain sebijik-sebijik.. benda yang dia belajar selama
bertahun-tahun nak diterangkan dlm tempoh beberapa minit, terer betul
aku kalau dapat faham macam dia. Doktor tu pun dengan gaya seorang
pensyarah menerangkan la serba sedikit tentang masalah sakit kuning
ni. Aku pun tak habis-habis mengangguk macam faham. Yang aku ingat,
masalah kuning atau jaundice
ni adalah disebabkan oleh bilirubin,
dan bacaannya berkadar terus dengan peningkatan usia bayi. Sekiranya
usia anak encik begini, tahap bacaan normal adalah begini dan tahap
berisiko adalah begini. Sekiranya begini, akan begini begini.. Macam
tu la lebih kurang. Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut,
doktor terpaksa pergi kerana terlalu banyak pesakit yang
memerlukannya. Sibuk betul jadi doktor. Agak-agak bila la dia dapat
makan nasik. Mujur juga Tuhan tak makbulkan cita-cita aku dulu untuk
jadi doktor.
Ha kau.. dah macam star wars
Hari
itu sekali lagi aku tinggalkan anak dan isteri di wad. Isteri aku
plak dari tadi berlinang air mata tengah susah hati dan panik. Asal
masuk wad je panik, masuk wad je panik, panik je masuk wad. Dah kalau
nak menangis, apa pula daya aku tak bagi dia nangis? Nangis sajalah.
Dan aku pulang dengan persoalan demi persoalan yang masih bersarang,
siapa bilirubin?
Kenapa bilirubin
suka ganggu anak aku sampai kuning? Aku nekad utk menyiasat siapa
sebenarnya bilirubin
ni. Akan kucari sampai dapat. Tapi timbul pula masalah baru. Aku nak
cari kat mana? Aku bukannya kenal bilirubin
tu
siapa. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menggunakan cara yang
paling mudah, iaitu bertanya kepada encik google. Aku pun mula le
mencari-cari dalam internet tentang penyakit kuning atau jaundice
ni. Banyak betul blog yang bercerita tentang jaundice
rupanya. Ada yang cerita pengalaman sendiri, tak kurang juga yang
memancing ibu-ibu dengan menjual produk-produk yang kononnya berkesan
untuk merawat penyakit kuning. Kalau betul berkesan, boleh tutup la
hospital.
Dalam
banyak-banyak blog tu, aku terbaca satu blog pengalaman sorang akak
ni yang menggelarkan dirinya Sua
Sue Kemoning (bukan
nama sebenar). Aku terpaksa merahsiakan nama sebenarnya atas
sebab-sebab keselamatan. Beliau berasal dari sebuah negeri yang
dipanggil Liverpool
(juga
bukan nama sebenar atas sebab-sebab keselamatan). Aku pun mula
membaca tulisannya satu persatu:
“Assalamualaikum
pembaca blog sua sue kemoning!!!...
Entry kali ni sue nk kongsi pengalaman bayi kuning yg berpanjangan...
hari ni hari yg ke 35 sue berpantang... Nur Hanna tak abih2 lg kuning... bila ditekan kat kulitnya masih keluar kuning lg...
jom ikuti perkembangan kuning bayi kami!!!!
masa mengandung kan hanna... sue amalkan minum susu kambing... sbg ikhtiar utk bayi tidak kuning...
tp itulah takdir Allah... kita hanya berusaha.. Allah yg tentukan hasilnya... kami diuji dgn hanna mengalami kuning yg berpanjangan...”
Entry kali ni sue nk kongsi pengalaman bayi kuning yg berpanjangan...
hari ni hari yg ke 35 sue berpantang... Nur Hanna tak abih2 lg kuning... bila ditekan kat kulitnya masih keluar kuning lg...
jom ikuti perkembangan kuning bayi kami!!!!
masa mengandung kan hanna... sue amalkan minum susu kambing... sbg ikhtiar utk bayi tidak kuning...
tp itulah takdir Allah... kita hanya berusaha.. Allah yg tentukan hasilnya... kami diuji dgn hanna mengalami kuning yg berpanjangan...”
Pembacaan
aku terhenti di situ. Sifat dia ni ala-ala bini aku juga, percaya
dengan susu kambing. Persoalannya dari mana timbulnya fahaman susu
kambing ni? Adakah ini merupakan dakyah yang disebarkan oleh penjual
susu kambing untuk melariskan jualan? Aku pernah juga dengar dalam
satu kuliah agama, ustaz tu mengatakan bahawa pernah seorang lelaki
penjual terung yang menyebarkan hadis palsu yang mengatakan
barangsiapa yang nak masuk syurga kena makan terung. Maka larislah
terung-terung jualannya dibeli oleh orang-orang yang nak masuk
syurga. Mudahnya masuk syurga. Jangan-jangan penjual terung tu pula
yang masuk neraka kerana menipu. Semoga mereka sempat bertaubat.
Memanglah tak dinafikan susu kambing ni salah satu daripada pemakanan
sunnah. Tapi yang dijual di kedai-kedai tu bagaimana pula tahap
kebersihannya, bahan-bahan campurannya, proses pembuatannya.. Ah..
buat apa aku fikir itu semua. Misi aku sekarang ialah mencari siapa
itu bilirubin.
Lalu aku teruskan membaca tulisan akak Sua
Sue Kemoning
tu:
“masa
hari ke 8 selepas kelahirannya... Tahap kuning hanna "14"
bersamaan "238"
nurse kat kpmc suruh masuk wad.. kami bincang punya bincang... ikut pengalaman yg Daina dulu...
kalu masuk wad time rendah nanti kena masuk lagi sekali... sbb sue berdarah O Daina berdarah AB...
jadi kami buat keputusan x masuk wad.. dah balik rumah 3 ari... nurse dtg rumah.. membebel2 suruh ambik darah kat klinik kesihatan... hari yg ke 11 tinggi kuning hanna cecah "17" bersamaan "305"..
doc paksa utk masuk wad jugak... so, kami putuskan masuk wad kat kpmc sbb keesokkannya ada kenduri akikah...
kalu masuk wad kat hospital kerajaan... kami xboleh bawak balik hanna pd hari kenduri...
masuklah wad kat kpmc 3 ari 2mlm... jumlah bil RM513. tak pelah... janji tuan punya majlis ada dlm majlisnya... hihihi”
jaundice atau bayi kuning boleh mencecah
sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan
menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya
bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin
hilang selepas beberapa hari.
ADAKAH JAUNDICE MERBAHAYA?
Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu
fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
1. Phototherapy (Terapi lampu)
Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
2. Exchange Transfusion (ET)
ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam. Semasa saya bertugas dahulu di bahagian paediatrik, ini adalah satu prosedur yang kalau boleh paling saya tidak sanggup lalui.
Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi! Itu untuk seorang bayi!. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.
CAHAYA MATAHARI VS PHOTOTHERAPY?
Kenapa Phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?
SUSU KAMBING VS SUSU IBU?
nurse kat kpmc suruh masuk wad.. kami bincang punya bincang... ikut pengalaman yg Daina dulu...
kalu masuk wad time rendah nanti kena masuk lagi sekali... sbb sue berdarah O Daina berdarah AB...
jadi kami buat keputusan x masuk wad.. dah balik rumah 3 ari... nurse dtg rumah.. membebel2 suruh ambik darah kat klinik kesihatan... hari yg ke 11 tinggi kuning hanna cecah "17" bersamaan "305"..
doc paksa utk masuk wad jugak... so, kami putuskan masuk wad kat kpmc sbb keesokkannya ada kenduri akikah...
kalu masuk wad kat hospital kerajaan... kami xboleh bawak balik hanna pd hari kenduri...
masuklah wad kat kpmc 3 ari 2mlm... jumlah bil RM513. tak pelah... janji tuan punya majlis ada dlm majlisnya... hihihi”
Aduh..
kenduri lebih utama dari kesihatan anak. Mujurlah ada nurse kerajaan
yang follow
up
sampai ke rumah. Waktu aku sedang menuntut di Uitm dulu ada seorang
kawan kaki kenduri bernama Mohd Nazri bin Abdul Radzi (juga bukan
nama sebenar). Jika mahu ponteng kelas atau malas untuk menghadiri
latihan kawad kaki, beliau akan menggunakan kenduri sebagai alasan.
Boleh dikatakan setiap bulan beliau ada kenduri. Yang hairannya
alasan itu sangat kukuh dan berjaya mengelakkannya dari dikenakan
tindakan. Rupa-rupanya beliau pergi kenduri di Taman Tasik berdua
dengan teman wanitanya. Bila ditanya kenapa cakap nak pergi kenduri
tapi sebenarnya pergi dating,
beliau menjawab “biasa la nak hidup”, dan terbukti beliau masih
hidup hingga sekarang. Begitulah besarnya pengaruh kenduri dalam
masyarakat melayu. Seperti kes akak Sua
Sue Kemoning
ni, aku taknak komen lebih-lebih. Tetapi apa yang aku tahu masa
bacaan rendah le elok dapatkan rawatan awal. Jika tahap bacaan
melebihi paras bahaya, memang bahaya le pada bayi. Takut-takut nanti
majlis kenduri akikah bertukar jadi kenduri arwah.. Nauzubillah.. Aku
percaya tersangat ramai ibu-ibu di luar sana yang cuba mengelak dari
masuk wad. Itu yang aku kurang faham, seolah-olah masuk wad tu
sesuatu yang mengerikan. Yang aku perasan dengan akak ni ialah darah
dia sama dengan darah bini aku.. jenis O. Setahu aku kalau darah
jenis O, baby akan mengalami jaundice
mencecah sebulan atau mungkin lebih. Berbanding dengan ibu yang
memiliki darah jenis lain, paling lama pun seminggu. Itupun kalau tak
ada penyebab lain la. Masalah siapa itu bilirubin
masih belum terjawab. Aku teruskan pembacaan:
“hari
pertama hanna masuk wad kena lampu atas bawah...
perghhhh...
mcm kena panggang anak mama nih...
ketegori
kuningnya sgt tinggi nk banding dgn usianya dah 11 ari..
sepatutnya
hari yg ke 11 kuning dah abis...
hanna
pulak... tak turun2 kuningnya...
mcm2
petua mama dan ayah ikhtiarkan spy hanna tak masuk wad..
sebenarnya
mama tak sampai hati nk tengok hanna tergolek sorang2 dibawah lampu
yg silau tu...“
Aku
terhenti lagi. Dari tadi pembacaan aku asyik terhenti-henti. Hari
pertama masuk wad dan dapatkan rawatan fototerapi adalah pada usia 11
hari dengan bacaan 308. Aku masih lagi hairan kenapa mesti
mencari-cari alasan untuk mengelakkan dari mendapatkan rawatan lebih
awal. Mungkin sebab melengah-lengahkan proses rawatan tu yang
terpaksa guna lampu atas bawah. Aku agak je la. Sebab anak aku
lahir-lahir je dah kena suluh dengan lampu tu. Aku sambung lagi
membaca:
“mama
dan ayah mandikan dgn bunjut cina la...
mama
minum air glokus la...
mama
mkn buah anggur la...
mama
minum susu kambing la...
kuning
hanna masih di tahap "305" selama 3 ari... tak nak turun
langsung...
akhirnya
mama terpaksa serahkan pd yg pakar jugak...
nurse
ckp... hanna menangis teruk mlm tu...
mama
dah agak dah... sbb hanna minum susu ibu... dah 11 ari hanna cium bau
badan mama..
tiba2
kena tinggal... mau tak melalak...”
Eh
apa daa bunjut.. macam nak buat sup pula. Dan terbukti tidak berkesan. Segala petua tu sama le yang
aku dengar sebelum ni. Ada juga kawan-kawan yang mencadangkan aku
dukung anak di luar rumah dengan hanya memakai lampin. Dalam cuaca
yang tengah berjerebu teruk ni orang dewasa pun keluar rumah pakai
topeng, ni pula nak suruh anak aku berjemur separuh bogel. Eeee tak
kowser. Itu tak termasuk larangan memakai pakaian berwarna kuning
lagi. Kat rumah pun jangan pasang lampu warna kuning, dikhuatiri anak
jadi semakin kuning. Hmm.. kesian melayu. Satu je aku puji akak ni,
sekurang-kurangnya dia mengakui bahawasanya yang benar-benar pakar
adalah pegawai kesihatan dan bukannya penternak kambing, penanam
anggur atau pengeluar glukos. Bab melalak tu semua baby sama. Takde
kaitan dengan cium bau badan aih.. Anak aku yang baru lahir, terus
diletak bawah lampu pun menangis. Anak-anak orang lain yang aku
tengok di wad bayi tu pun semuanya menangis. Tak ada yang menyanyi
gangnam style. Tak kiralah di hospital swasta yang mahal tu ke, atau
hospital kerajaan, nurse akan biarkan semua bayi di bawah lampu tu.
Tak perlu marah nurse tu.. dia memang buat keja dia. Aku difahamkan
bagi anak penghidap jaundice,
menangis di bawah lampu itu lebih baik untuknya daripada tidur
nyenyak dalam pelukan ibu. Masalah sekarang ni siapa bilirubin?
Aku baca lagi:
“hari
kedua guna lampu atas jea..
sbb
kuningnya dah turun ke "238"..
apa
pun tetap tinggi... sbb hari ke 13 sepatutnya
kuning dah hilang...
kena
ambik darah lg pd hari ke 20... kuning hanna masih lg "205"
bila
hanna dah sebulan kuning masih lg '205'c
apa
lagi.. doc pakar pead kpmc arahkan utk ambik darah 3ml kat lengan dan
bg sample air kencing...
melalak
la hanna.. utk test ni RM140...
darah
yg diambil td utk cek jika ada masalah kat hati atau ada jangkitan
kuman kat mana2 organ lain...
kecur
hati mama bila dengar doc ckp mcm tu...
time
ambik darah tu... mama x sampai ati nk tengok...
ayah
yg temankan hanna ambik darah...
mama
jaga kakak daina kat luar...“
Memang
sama le dengan bini aku. Atau mungkin juga bini-bini orang lain.
Sikit-sikit tak sampai hati. Letak anak bawah lampu tak sampai hati.
Amik darah tak sampai hati. Agak pening memikirkan macamana cara nak
buat supaya hati bini aku sampai. Supaya dia faham bahawasanya segala
proses yang dibuat itu adalah untuk kebaikan anak. Aku lebih tak
sampai hati kalau disebabkan tidak mendapatkan rawatan awal sekarang,
bakal mengakibatkan anak membesar tak normal angkara bilirubin.
Tak sampainya hati aku..
“selain
tu... sue ada ambik ubat utk sembelit...
sue
xsedar langsung ubat ni adalah herba...
kandungannya
kunyit... halia... lengkuas...hmmm mcm2lah...
hadoiii...
hari ke8 baru sedar benda ni adalah herba..
tak
nak mkn ubat hospital kononnya ada bahan kimia...
rupa2nya
termakan herba lah pulak...
hmmm...
lari mulut rimau masuk mulut buaya... uhhukk3..”
hati
ibu mana tak remuk bila tengok anak masih kuning ketika usianya cecah
sebulan....
result
darah dan air kencing pulak kuar dlm masa seminggu...
tak
putus2 mama berdoa spy anak mama ni sihat..
Hah..
petua lagi. Kali ni angkara herba nyonya meneer pulak. Hati remuk
lagi. Aku rasa kalau print dan bagi bini aku baca kat wad pun berguna
ni. Terima kasih le kepada akak Sua
Sue Kemoning
yang berkongsi pengalaman. Banyak sangat iktibar yang boleh diambil
dari cerita ni. Aku percaya ramai ibu-ibu di luar sana yang mengalami
situasi yang hampir sama, walaupun ini bukan pertama kali melahirkan
anak. Masyarakat kita ni memang ramai penasihat, walaupun mereka
sendiri tak sihat. Jadi, aku pun sangat berhati-hati dalam menerima
bulat-bulat segala nasihat.
Cerita
akak ni dah habis, tapi aku masih lagi belum dapat merungkai misteri
siapa itu bilirubin.
Dan kenapa bilirubin
takut
dengan lampu phototherapy. Aku cari lagi.. akhirnya aku terjumpa
sekeping gambar. Tapi aku tak pasti, kerana belum ada kajian
saintifik yang mengesahkan beliau adalah bilirubin
yang mengganggu anak aku sampai kuning:
Engkaukah itu bilirubin?
Tanpa
berputus asa, aku cari lagi. Dari satu blog ke satu blog aku baca.
Tapi kebanyakannyanya kisah luahan hati akak-akak yang remuk hatinya
kerana bayi mereka terpaksa menjalani proses photocopy.. eh,
phototherapy. Selain pengedar syarikat jualan langsung yang menjual
produk mereka, aku juga secara tidak sengaja terjumpa syarikat yang
menawarkan perkhidmatan menyewa mesin phototherapy ke rumah. Haishh..
buat duit sungguh diorang nih.. Cari punya cari, akhirnya aku
terjumpa blog www.drazwan.blogspot.my.
Satu artikel berkenaan jaundice
yang ditulis oleh doktor sendiri. Begini bunyinya:
Pada
kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana
penyakit kuning. Neonatal
APA
ITU JAUNDICE (KUNING)?
Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (Ya... sekarang anda tahu kenapa air kencing anda berwarna KUNING!!).. Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (Ya.. sekali lagi anda sudah tahu apa fungsi hempedu dan kenapa najis anda bewarna coklat-keKUNING-kuningan!!)..
MENGAPA KEBANYAKAN BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN?
Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (Ya... sekarang anda tahu kenapa air kencing anda berwarna KUNING!!).. Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (Ya.. sekali lagi anda sudah tahu apa fungsi hempedu dan kenapa najis anda bewarna coklat-keKUNING-kuningan!!)..
MENGAPA KEBANYAKAN BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN?
Perkara
ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini
kuning? Ada 2 sebab utama.
- Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin) Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.
- Hati bayi Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
APAKAH
PENYEBAB LAIN JAUNDICE?
Ada
banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya
kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini
mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan
lahir (i.e biliary atresia).Antara
penyebab lain :-
- Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
- Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
- Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
- Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
- Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
- Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
- Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
- Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
ADAKAH JAUNDICE MERBAHAYA?
Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu
fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
Kernicterus
dikaitkan dengan kadar kematian yang
tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh,
pekak atau buta. Ketika di
Institut Paediatrik, HKL, saya sendiri pernah melihat bayi dari satu
keluarga cina mengalami sawan kerana kernicterus. Datang selepas 1
minggu kuning. Menakutkan...
1. Phototherapy (Terapi lampu)
Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
Cara
menggunakan phototherapy dengan berkesan :-
- Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm - 50 cm daripada bayi
- Buka semua baju bayi kecuali lampin
- Tutup matanya
- Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
- Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
- Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian.
- Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
- Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan.
2. Exchange Transfusion (ET)
ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam. Semasa saya bertugas dahulu di bahagian paediatrik, ini adalah satu prosedur yang kalau boleh paling saya tidak sanggup lalui.
Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi! Itu untuk seorang bayi!. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.
Bagi
seorang doktor, prosedur ini sangat sukar kerana ia dijalankan pada
waktu orang lain sedang tidur, anda berseorangan ditemani oleh
seorang bayi (paling kurang... kalau ada jururawat yang temankan atau
tolong buat anda kopi pun best jugak kan... tapi...) dan ia prosedur
yang sangat-sangat perlahan untuk mengelakkan komplikasi
CAHAYA MATAHARI VS PHOTOTHERAPY?
Adakah
meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh
mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?
Ada
yang berkata, "kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde
apa-apa pun... " atau
"Buat
apa kau nak siksa budak kecik tu... masuk hospital... letak bawah
lampu.. kena cucuk sana sini... letak je bawah matahari.... "
Kadang-kadang
idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan
akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.
Pada
hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di
rumah. Tiada ibu-bapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital
dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya
untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di
dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.
Kenapa Phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?
- Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
- Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
- Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
- Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehydrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehydrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehydrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah.
- Keputusan untuk mengadakan Exchange Transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah.
- Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.
SUSU KAMBING VS SUSU IBU?
Terdapat
pendapat bahawa susu kambing boleh mengurangkan kekuningan yang
dialami oleh bayi. Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat mengatakan
bahawa ini adalah petua orang tua-tua, cara tradisional atau
mengatakan ia adalah satu keajaiban. Tidak ada penjelasan secara
saintifik. Malahan, petua berjemur bawah matahari pagi mempunyai
penjelasan yang lebih saintifik berbanding cerita susu kambing.
Diharapkan ia bukan taktik penjual susu kambing untuk meraih
keuntungan.
- Apa yang ada pada susu kambing menjadikan ia begitu ajaib? Jika ada kajian tentang susu kambing, saya yakin ia tidak ada perbezaan yang besar dengan susu ibu atau susu lembu. Susu ibu lebih berpotensi menjadi ubat kepada penyakit kuning kerana ia makanan sempurna kepada bayi. Malahan, susu kambing mempunyai zat-zat galian yang lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tumbesaran bayi.
- Ada yang memberi susu kambing yang belum dipasteurkan, dinyahkuman atau dimasak!. Memberi susu kambing mentah yang tidak pasti status kebersihannya mengundang bahaya kepada bayi.
- Perut dan usus bayi yang masih belum matang tidak sesuai diberi selain daripada susu ibu. Jika susu lembu yang telah bertahun-tahun digunakan itu pun boleh menyebabkan allergi kepada bayi, bagaimana pula susu kambing? Alahan boleh membawa maut! (Baca artikel ini oleh Pusat Racun USM)
- Secara fisiologi, kekuningan bayi akan hilang selepas 5-6 hari walaupun dia tidak diberi minum susu kambing. Sekiranya bayi diberi minum susu kambing pun, kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kernicterus. Jadi tidak ada bezanya secara perbandingan.
Sangat
informatif. Barulah aku faham siapa dia bilirubin yang sungguh
misteri itu. Antara ayat Dr. Azwan yang menarik minat aku ialah
“Ketika di Institut Paediatrik, HKL, saya
sendiri pernah melihat bayi dari satu keluarga cina mengalami sawan
kerana kernicterus.
Datang selepas 1 minggu kuning. Menakutkan...“. Aku rasa la,
keluarga cina tu pun mencuba petua amalan nenek moyang mereka. Mereka
lagi banyak petua akar kayu dan herba sejak turun temurun. Agak-agak
tak berkesan, baru mereka datang ke hospital. Tapi dah kronik, susah
le nak repair. Macam kisah akak Sua Sue Kemoning tadi, hari ke 11
baru bersetuju untuk dapatkan rawatan, kerana sibuk nak kenduri dan
melayan remuk hati, susah hati bila dengar WAD. Itupun terpaksa
setuju setelah berkali-kali dipaksa oleh nurse dan doktor. Mujurlah
tidak diserang kernicterus. Jika tidak, remuk terus. Huh..
membuak-buak perasaan ingin berkongsi informasi ni dengan bini aku.
Tadi nak sangat aku buat sesuatu kan.. Ha ni le sesuatu tu. Tanda aku
sayang kepada anak bini bukanlah dizahirkan dengan cara meratap hiba
atau ke hulu ke hilir depan pintu wad tu sambil mengerutkan dahi.
Juga bukan dengan cara memperjudikan kesihatan anak dengan
menjadikannya bahan ujikaji petua-petua yang tidak diketahui
sumbernya. Serahkan saja kepada mereka yang bertauliah. Kalau perlu
lampu, lampulah. Kalau perlu cucuk, cucuklah. Tak payah nak remuk
sangat la. Bak kata Lebai Sahak tok siak masjid merangkap pengutip
derma khairat kematian kampung aku: ada perkara yang kita tak suka,
tetapi sebenarnya baik untuk kita, dan ada perkara yang kita suka
tetapi sebenarnya buruk untuk kita.
Habis baca artikel Dr
Azwan ni, aku print dan kepilkan sekali dengan kisah pengalaman akak
Sua Sue Kemoning tu, bungkus ikat tepi, then aku bawak ke wad bagi bini aku baca.
Hasilnya sangat positif. Kalau sebelum ni bini aku asik remuk hati
bila letak anak di bawah lampu, kini tidak lagi. Kalau sebelum ni
emosinya sentiasa perlu ditenangkan, kini dia pula yang menenangkan
ibu-ibu lain. Kalau sebelum ni aku dituduh bapa yang tidak
bertanggung jawab, kerana tidak menyertai kumpulan bapa-bapa
penyayang yang sering mundar-mandir di dalam wad dengan muka
pura-pura busy, kini tidak lagi. Aku dah boleh balik rumah
dengan senang hati menonton rancangan kartun kegemaran aku di tv. Aku
hanya akan muncul di wad ketika waktu melawat sahaja. Tapi aku tetap
sediakan rekod bacaan bilirubin di rumah sebagai rujukan aku.
Kepada para suami dan bapa di luar sana, anda pun boleh cuba resepi
ini. Sediakan sedikit informasi dan pengetahuan kepada isteri
masing-masing, dan anda teruskanlah dengan aktiviti harian. Tiba
waktu makan, pegi le cari nasik. Tiba waktu solat, pegi le cari
masjid. Buat apa le nak bersesak-sesak kat situ menyukarkan para
nurse nak buat kerja. Bukan reti nak buat apa pun. Membantu
menurunkan kadar bilirubin juga tidak. Nak tunjukkan kasih
sayang pada anak isteri bukan dengan cara berkeliaran memenuhkan wad
macam tu. Melainkan jika anda memang jenis yang suka memerhati
ibu-ibu lain menyusukan anak mereka.
Berita terkini yang baru
aku terima, bacaan bilirubin anak aku dah turun ke tahap
normal. Maknanya dah boleh discharge. Tapi, apa guna keluar kalau
esoknya terpaksa masuk semula kan.. Lagipun umurnya baru 8 hari. So,
aku bagitau bini aku supaya stay lagi satu malam di wad. Eh, dengan
senang hati dia setuju. Eh, dah tak remuk ke.. Eh, dah tak takut
dengan wad ke.. Alhamdulillah.. Dengan kebenaran pihak hospital,
malam ni anak tidur dengan ibunya di wad, tanpa penggunaan mesin
phototherapy. Esok pagi amik darah, kalau bacaan dah
betul-betul ok, baru kita balik ye nakkk...

